Skip to main content

Permotoran

F1: Tiada perlumbaan gantian selepas GP China dibatalkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chinese-gp.jpg
Formula 1 (F1) memutuskan untuk tidak menggantikan Grand Prix China, yang terpaksa dibatalkan, dengan perlumbaan lain dalam kalendar 2023, sekali gus menyaksikan hanya 23 perlumbaan akan dilangsungkan bagi musim ini.

Shang Hai sepatutnya akan menganjurkan perlumbaan pertama di negara itu sejak 2019 pada 16 April depan -- perlumbaan keempat dalam kalendar tahun ini.

Bagaimanapun, perlumbaan itu diputuskan untuk dibatalkan pada bulan lalu berikutan polisi sifar COVID-19 di China, di mana negara berkenaan masih menguatkuasakan peraturan ketat bagi membasmi penularan koronavirus.

F1, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa hanya 23 perlumbaan akan dianjurkan dalam kalendar tahun ini, dan ia bermakna tiada perlumbaan lain akan menggantikan tempat Shanghai dalam kalendar berkenaan.

"Formula 1 mengesahkan bahawa musim 2023 akan hanya melibatkan 23 perlumbaan," kata kenyataan itu.

"Ia bermakna, musim ini akan bermula dengan Grand Prix Bahrain pada 5 Mac depan dan ditamatkan di Abu Dhabi pada 26 November depan, dengan perlumbaan baru, Grand Prix Las Vegas, akan menyertai kalendar tahun ini seminggu sebelum perlumbaan terakhir."
 

Advertisement

Must Watch Video