Prinsipal pasukan Ferrari, Mattia Binotto, menegaskan tiada apa untuk diselesaikan secara dalaman dengan Charles Leclerc selepas pemandu itu tergelincir daripada tempat pertama ke tempat keempat ketika Carlos Sainz memenangi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix British malam tadi.
Selepas perlumbaan itu, Binotto dilihat menenangkan Leclerc di parc ferme selepas pemandu itu kelihatan kecewa kerana kehilangan rentak disebabkan penggunaan tayar keras selepas kereta keselamatan dimasukkan berbaki 14 pusingan.
Sewaktu dia sedang mendahului perlumbaan itu, Leclerc memberitahu melalui radio pasukan bahawa amat sukar untuknya menjarakkan diri dengan kelompok belakang yang sedang menggunakan tayar lembut tetapi Ferrari mengekalkannya di litar sambil membawa masuk Sainz bagi menukar tayar lembut buat pemandu itu.
Ditanya mengenai tindakannya itu, Binotto berkata bahawa dia hanya pergi untuk mengucapkan tahniah atas pemanduan hebat Leclerc dan menjelaskan ia demi rentak keseluruhan pasukannya berdasarkan situasi berkenaan.
"Tiada apa untuk diselesaikan secara dalaman," katanya kepada Sky Sports.
"Saya fikir ia hanyalah untuk bekata kepadanya 'saya faham kekecewaan anda tetapi anda telah berlumba dengan amat baik hari ini'.
"Dia berlumpba dengan amat baik sejak dari mula sehingga akhir pada ketika dia menggunakan tayar keras sedangkan pelumba lain menggunakan tayar lembut.
"Saya fikir cara pemanduannya untuk berada di depan amat hebat, jadi amat sukar untuk dia berasa gembira tetapi adalah penting untuk kekal bertenang dan positif.
"Bagi kami, amat jelas untuk tidak menghentikan Charles, mengekalkan kedudukannya di atas litar dan menghentikan Carlos kerana hanya dia dapat dihentikan ketika itu.
"Kami berharap untuk melakukan lebih pertukaran tayar lembut tetapi ia tidak dapat berlaku," katanya.

Making history together ❤️?? @Carlossainz55 #essereFerrari ? #BritishGP @F1 pic.twitter.com/IUj4IFLjDC
— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) July 3, 2022