Juara empat kali F1 itu mengharungi kempen semasa sambil diselubungi spekulasi mengenai masa depannya berikutan perjanjiannya dengan Aston Martin tamat pada akhir tahun ini.
Justeru, dia bertekad untuk bersara.
"Saya mempunyai keistimewaan bekerja dengan ramai orang yang hebat dalam F1 sejak 15 tahun lalu -- terlalu ramai untuk disebut dan berterima kasih," katanya dalam satu kenyataan.
"Keputusan untuk bersara adalah sesuatu yang sukar untuk saya buat dan saya telah menghabiskan banyak masa memikirkannya. Di penghujung tahun ini, saya mahu mengambil sedikit masa untuk memikirkan apa yang akan saya fokuskan seterusnya.
"Amat jelas bagi saya, sebagai seorang bapa, saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
BREAKING: Sebastian Vettel has announced he will retire from F1 at the end of the 2022 season
— Formula 1 (@F1) July 28, 2022
4 world titles
53 race wins
122 podiums
1 phenomenal career#ThankYouSeb pic.twitter.com/K8BVXI6IAx
"Tetapi hari ini bukan untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Sebaliknya, ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang.
"Tidak terkecuali peminat, tanpa sokongan penuh semangat mereka, F1 tidak mungkin wujud."