Pemandu berusia 23 tahun itu, yang merupakan anak kepada legenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher, hilang tempat di Haas selepas tamat musim 2022 dan turut dilepaskan daripada program pemandu muda Ferrari.
Schumacher menandatangani kontrak sebagai pemandu ketiga Mercedes di belakang Lewis Hamilton dan George Russell tetapi kini, dia akan bertindak sebagai pemandu gantian seandainya Lando Norris atau Oscar Piastri tidak dapat berlumba untuk McLaren.
Ia memberikan kesempatan lebih besar untuk Schumacher melakukan penampilan dengan menggantikan keempat-empat pemandu itu seandainya salah seorang daripada tidak dapat berlumba.
Sepanjang dua musim bersama Haas, Schumacher meraih mata dalam dua daripada 43 perlumbaan sebelum digantikan dengan Nico Hulkenberg bagi musim 2023.
McLaren will be able to call on @SchumacherMick as a reserve driver during the 2023 F1 season as part of our arrangement with Mercedes. Welcome to the family, Mick. ?? pic.twitter.com/DNiJ5s99rQ
— McLaren (@McLarenF1) February 1, 2023