Skip to main content

Permotoran

F1: Russell akhirnya temui kemenangan pertama musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1.jpg
Pemandu Mercedes, George Russell, akhirnya menemui kemenangan pertamanya musim ini selepas mengungguli Grand Prix (GP) Kanada dalam siri perlumbaan Formula 1 (F1) yang berlangsung pada semalam.

Kemenangan itu juga hadir dalam perlumbaan yang agak dramatik apabila menyaksikan dua pemandu McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris, terbabit dalam kemalangan ketika memasuki beberapa pusingan terakhir perlumbaan.

Ia, sekali gus memberikan ruang yang cukup selesa kepada Russell yang terus melakukan pecutan untuk terlebih dahulu sampai ke garisan penamat bagi menghadiahkan kemenangan pertamanya.

Kemalangan tersebut juga menyebabkan kereta keselamatan terpaksa keluar ke litar walaupun hanya sepusingan untuk dihabiskan.

 

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, yang ketinggalan 0.228 saat di belakang kereta keselamatan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Perlumbaan yang berlangsung di LitarGilles-Villeneuve, Montreal itu juga menyaksikan hari yang gemilang buat pasukan Mercedes apabila seorang lagi pemandunya, Kimi Antonelli, menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatatkan sejarah sebagai pelumba ketiga termuda menaiki podium dalam sejarah F1, selepas berjaya menangani tekanan hebat di hujung perlumbaan daripada pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri dari McLaren.

Bagaimanapun, kemenangan 1-3 Mercedes itu masih lagi belum mampu menggugat penguasaan dua pemandu McLaren iaitu Oscar Piastri dan Lando Norris di kelompok dua pelumba teratas dalam carta kedudukan keseluruhan pelumba ketika ini.

Piastri masih lagi mendahului dengan agak selesa selepas mengumpul 198 mata, manakala Norris pula di tempat kedua dengan 176 mata.

Sementara, Max Verstappen pula mengekori rapat di belakang Norris dengan mengumpul 155 mata.

Advertisement

Must Watch Video