F1

F1: Perez ungguli GP Singapura walaupun dikenakan penalti

Muzaffar Musa 03/10/2022 | 03:46 MYT
Sergio Perez memastikan kemenangan dalam perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Singapura walaupun dikenakan penalti lima saat berikutan pelanggaran peraturan membabitkan kereta keselamatan.
Pemandu Mexico itu disiasat atas dua kegagalan mengekalkan jarak 10 kereta dengan kereta keselamatan dalam perlumbaan basah GP itu malam tadi.
Selepas tamat perlumbaan itu, dia dikenakan amaran atas kesalahan pertama dan dikenakan penalti lima saat bagi kesalahan kedua, termasuk penalti dua mata terhadap lesennya.
Bagaimanapun, Perez, yang menamatkan saingan dengan kelebihan 7.595 saat, tidak terkesan dengan penalti itu untuk memanjat podium tertinggi bersama pemandu kedua terpantas, Charles Leclerc, dan Carlos Sainz di tempat ketiga -- kedua-duanya daripada pasukan Ferrari.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, rakan sepasukannya di Red Bull, Max Verstappen, menamatkan saingan di tempat ketujuh, sekali gus menyaksikan pendahuluannya dalam kategori pemandu berkurangan kepada 104 mata.
Biarpun agak tergelincir, Verstappen masih di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraannya menjelang perlumbaan di Jepun minggu depan.
Kemenangan di Litar Suzuka itu akan menyaksikan pemandu Belanda berkenaan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali kedua seandainya Leclerc menamatkan saingan di bawah kedudukan kedua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Red Bull #Sergio Perez #Permotoran #Sukan Permotoran #F1 #Formula 1
;