Skip to main content

Permotoran

F1: Perez bersimpati apa yang sedang dilalui Tsunoda dalam pasukan Red Bull

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xpb_1326076_hires.jpeg
Jika ditelurusi sejarah keluar masuk pemandu dalam pasukan Red Bull Racing sebagai rakan sepasukan kepada pemandu utama Max Verstappen, sememangnya dakwaan bekas pemandu mereka Sergio Perez ada asasnya.

Perez hari ini menyatakan bahawa tiada mana-mana pemandu mampu menyinar atau bertahan dalam pasukan itu sebagai rakan sepasukan Verstappen.

Perez yang memiliki pengalaman luas selaku rakan sepasukan kepada pemandu yang kini menduduki tangga ketiga dalam kedudukan ranking juara dunia 2025 itu menganggap apa yang dilalui Yuki Tsunoda ketika ini adalah cabaran paling besar dalam kariernya bersama pasukan itu.

Perez yang meninggalkan pasukan itu musim lalu sudah menjangkakan dilema yang bakal diharungi oleh pelumba Jepun itu seperti yang pernah dilaluinya.

"Saya tidak suka mengkritik mana-mana pemandu yang berada di situ kerana saya pun pernah di situ. Saya tahu apa yang sebenarnya sedang dilalui mereka.

"Sejurus sahaja saya menandatangani persetujuan untuk keluar dari Red Bull Team dan selepas menandatangani persefahaman maka saya sudah mengetahui siapa bernasib malang akan gantikan saya kerana saya berjaya melaluinya."Katanya kepada media antarabangsa pada Rabu.

Tsunoda telah mengambil alih kedudukan selaku pelumba kedua daripada beliau ketika menyertai pasukan itu.

Ketika ini pemandu itu berada di kedudukan ke-17 keseluruhan pemandu musim ini dengan hanya mampu mengumpul 28 mata.

Selepas 18 pusingan perlumbaan bersama Red Bull, rekod menunjukkan bahawa pencapaian Perez jauh mengatasi Tsunoda.

Persoalan juga timbul apakah Red Bull akan mengekalkan pemandu muda itu untuk bersama Verstappen bagi menghadapi musim 2026 atau sebaliknya selepas ini.

"Ia tempat yang sukar terutamanya untuk berada di sisi Verstappen tetapi untuk menjadi seorang lagi Max Vesrtappen dalam pasukan Red Bull adalah sesuatu yang tidak akan ada sesiapa yang mampu faham. Tak kisahlah andai anda bahawakan Hamilton atau Leclerc sekalipun "Katanya lagi.

Bagaimanapun sebelum ini Red Bull mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan terus memberikan peluang perlumbaan kepada Tsunoda untuk memperbaiki prestasi beliau.

Namun khabar angin sudahpun bertiup kencang di kalangan pasukan paddock bahawa pasukan itu kini sedang berusaha untuk menaik taraf pemandu rookie, Isack Hadjar ke pasukan senior Red Bull sedikit masa lagi.
Garmin

Garmin Vivoactive 5

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video