Dengan berbaki sembilan pusingan untuk ditamatkan bagi musim perlumbaan 2025, pelumba pasukan McLaren, Lando Norris percaya peluang untuknya untuk muncul selaku juara dunia musim ini masih terbuka luas.
Namun dalam masa yang sama, beliau juga inginkan rakan sepasukanya iaitu Oscar Piastri juga menamatkan sesi musim ini dengan kejayaan disampingnya dalam kedudukan terbaik.
Mengakui sedikit terkesan dengan nasib malang yang menimpanya minggu lalu kedudukan Piastri ketika ini jelasnya masih mudah dipintas dengan jarak kedudukan 34 mata sahaja.
"Saya masih mampu muncuk juara dunia tanpa sebarang kejadian yang tidak sepatutnya menimpa Piastri..itu yang saya mahu lakukan ketika ini." Jelasnya kepada media pada Khamis.
Ketika ini katanya beliau dan Piastri sangat dominan dalam sebahagian besar perlumbaan yang memperlihatkan potensi yang besar untuk menafikan kemaraan pelumba lain musim ini.
Manakan tidak, sudah tujuh kali kedua-dua pelumba itu berjaya mencatat kemenangan satu dua buat McLaren daripada 15 perlumbaan yang diharungi.
Malah pasukan itu mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam lima pusingan perlumbaan terakhir ketika ini.
Rekod cemerlang hasil kemenangan kedua-dua pelumba ini menyaksikan McLaren kini gah menduduki tangga teratas kategori pengeluar selepas mengumpul 584 mata iaitu jauh meninggalkan pencabar terdekat mereka Ferrari dengan 260 mata di tempat kedua.