F1
F1: McLaren Mercedes terlalu unggul setakat ini
Selepas tiga pusingan perlumbaan yang berlangsung untuk musim ini nampaknya McLaren Mercedes sudah jauh mengungguli carta kedudukan selaku pendahulu dalam kategori pengeluar.
Pasukan yang diwakili oleh Lando Norris dan Oscar Piastri itu kini telahpun mengumpul sejumlah 111 mata, jauh meninggalkan pesaing yang lain di belakang.
Jarak mata bagi pencabar terdekat mereka iaitu Mercedes juga agak jauh selepas pasukan itu hanya mengumpul 75 mata keseluruhan untuk menduduki tangga kedua.
Iklan
Walaupun Max Verstappen yang baru sahaja mengungguli pusingan perlumbaan di Jepun, namun ia tidak banyak membantu pasukanya apabila hanya berkedudukan ketiga dalam carta kedudukan pengeluar.
Red Bull Racing ketika ini hanya menduduki tangga ketiga selepas mengumpul 61 mata mata diikuti oleh pasukan baharu Lewis Hamilton iaitu Ferrari di tangga keempat dengan 35 mata.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Bahrain hujung minggu ini bermula 11 hingga 13 April.
Must-Watch Video