Tiada lagi mana-mana pasukan yang mampu menjadi batu penghalang buat McLaren untuk merangkul kejuaraan kategori pengeluar formula 1 bagi musim 2025.
Selepas Grand Prix Itali semalam, pasukan itu sudah terlalu jauh meninggalkan pesaingnya yang lain dengan mengumpul 617 mata untuk menduduki tangga teratas kedudukan pengeluar.
Bagaimanapun persaingan sengit bakal disaksikan sehingga ke penghujung musim ini dalam penentuan tempat kedua dan ketiga membabitkan tiga pasukan iaitu Ferrari, Mercedes dan juga Red Bull.
Ferarri ketika ini di kedudukan kedua di belakang McLaren dengan 280 mata manakala Mercedes ketiga dengan 260 mata dan Red Bull pula di tempat keempat selepas hanya mampu mengumpul 239 mata.
Dengan berbaki tujuh lagi pusingan untuk ditamatkan ketiga-tiga pasukan itu masih memiliki ruang yang luas untuk berentap sesama mereka selepas ini.
Namun ia bergantung kepada prestasi pemandu mereka yang dilihat tidak banyak konsisten mencipta rentetan kemenangan atau sumbangan mata.
Ferrari ketika ini banyak bergantung kepada pemandunya Charles Leclerc yang lebih banyak mencipta mata buat mereka berbanding Lewis Hamilton yang kelihatan masih bergelut dengan pelbagai masalah pada jenteranya.
Begitu dengan Mercedes menerusi dua pelumbanya ketika ini iaitu George Russell dan Kimi Antonelli yang mampu memberikan 10 mata dan 2 mata pada Grand Prix Itali yang baru berakhir.
Max Verstappen terus menjadi penyumbang terbesar mata buat Red Bull namun dia sebelum ini melalui musim kemarau kejuaraan yang agak lama sebelum kembali menemui rentak kemenangan pada Grand Prix Itali papda Ahad.
Dapatkan LEGO McLaren

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah
LEGO Speed McLaren memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.
Dapatkan LEGO McLaren