Skip to main content

Permotoran

F1: Madrid sedia jadi penganjur GP Sepanyol

spain-flag.jpg
Madrid sudah mula menyuarakan impian mereka untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 (F1), di mana ketua bandar itu telah mengisytiharkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan pada masa akan datang.

Enrique Lopez, yang merupakan menteri di jabatan presiden, keadilan dan dalam negeri di Madrid, telah menghantar surat kepada ketua eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, bagi menggariskan visinya mengenai penganjuran perlumbaan berkenaan.

Litar Barcelona-Catalunya telah menganjurkan Grand Prix Sepanyol sejak 1991 dan surat yang dihantar Lopez itu tidak mendedahkan sama ada bandar Madrid ingin mengambil alih penganjuran GP berkenaan atau tidak.

Litar Barcelona, bagaimanapun, masih memiliki kontrak sehingga 2026.

Sebelum ini, Valencia turut pernah menganjurkan GP Eropah dari 2008 hingga 2012 manakala bandar Madrid belum pernah mengadakan perlumbaan Formula 1 sejak Gilles Villeneuve memenangi perlumbaan di Litar Del Jarama pada 1981.

 

Advertisement

Must Watch Video