Lando Norris memberi amaran awal kepada pelumba lain sebelum aksi pembuka tirai perlumbaan bagi musim 2025 apabila dia melakukan catatan masa terpantas ketika sesi latihan pada Jumaat.
Pemandu McLaren Mercedes itu mempamerkan penguasaan yang baik di Litar Albert Park pada sesi pertama latihan dengan mencatat rekod terpantas 1 minit 17.252 saat iaitu ketika di pusingan ke-25.
Ia sekaligus memadamkan catatan terpantas awal yang dilakukan oleh pemandu Williams Mercedes, Carlos Sainz iaitu 1 minit 17.401 saat.
Manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc pula mengakhiri sesi latihan di sebelah pagi tadi dengan rekod ketiga terpantas iaitu 1 minit 17.461 saat.
Agak malang buat pemandu baharu Ferrari, Lewis Hamilton yang sebelum ini agaki bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera terbaharunya apabila hanya sekadar melengkapkan sesi latihan pertama di tangga ke-12 terpantas selepas merekodkan 1 minit 18.071 saat.
Ia merupakan perkembangan yang menarik bagi peminat Formula 1 apabila Norris dilihat bakal melakukan kebangkitan selepas kecewa pada musim lalu selepas menamatkan kejuaraan di tangga kedua di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen .
Formula 1 Grand Prix Australia bermula hari ini iaitu sesi latihan dengan diikuti sesi kelayakan pada Sabtu serta disusuli dengan perlumbaan sebenar pada Ahad.