Skip to main content

Permotoran

F1: Interlagos benar-benar mimpi ngeri buat Ferrari - Hamilton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xpb_1385155_hires.jpg
Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton mengakui bahawa pusingan perlumbaan Formula 1 Grand Prix Sao Paulo pada Ahad adalah mimpi ngeri buatnya dan pasukan kebanggaan Itali itu.

Hamilton ketika bercakap kepada media sejurus selepas perlumbaan tersebut berakhir menyifatkan bahawa ia seperti mimpi yang terlalu ngeri apabila menyaksikan beliau dan rakan sepasukanya iaitu Charles Leclerc terpaksa melupakan saingan kali ini apabila terpaksa menarik diri di pertengahan pusingan perlumbaan.

Jelasnya lagi ia susulan kerosakan yang dialami oleh kedua-dua jentera mereka selepas terbabit dengan kemalangan di pusingan awal.

Kekecewaan tersebut jelas juara dunia tujuh kali itu berganda dirasainya apabila gagal menempatkan diri dikalangan sepuluh pemandu terpantas pada sesi kelayakan yang berlangsung pada Sabtu.

Malah Hamilton terpaksa memulakan perlumbaan sebenar di kedudukan ke-13 yang menyaksikan dia agak bergelut untuk mencari ruang untuk memburu kelompok pelumba hadapan sebaik perlumbaan bermula.

Keadaan agak kelam kabut ketika semua pemandu melakukan pecutan sebaik lampu hijau dinyalakan ketika menuju di selekoh pertama.

Ia mengakibatkan beliau dan beberapa jentera lain bergesel sesama mereka termasuklah beliau apabila gagal mengelak daripada bertembung dengan Carlos Sainz sehingga menyebabkan kerosakan pada tayar belakang jentera Hamilton.

"Selepas pelanggaran tersebut saya dapat rasakan seakan suspensi belakang jentera saya seakan patah namun awalnya ia masih berfungsi. Namun sesuatu yang tidak kena berlaku selepas itu mungkin disebabkan faktor tambahan lain seperti bebanan dan sebagainya menyebabkan ia hilang keseimbangan lebih 30-40 peratus." Kata Hamilton.

Ia kemudianya semakin teruk di pertengahan perlumbaan sehingga menyebabkan jurutera perlumbaan pasukan Ferrari menasihatkan agar Hamilton tidak meneruskan lagi perlumbaan tersebut.

Nasib yang sama juga menimpa rakan sepasukan Leclerc yang terbabit dalam kemalangan dengan pemandu McLaren, Oscar Piastri.

Keadaan itu menyebabkan Ferrari ketinggalan 36 mata di belakang seteru utama mereka iaitu Mercedes, dan 4 mata di belakang pasukan Red Bull Racing dalam kedudukan pengeluar ketika ini.
 
F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Technic Ferrari memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.


Dapatkan LEGO Ferrari

Advertisement

Must Watch Video