Skip to main content

Permotoran

F1: Hayat Tsunoda dengan Red Bull bakal berakhir musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

si202504020286.jpg
Karier Pemandu Red Bull Racing, Yuki Tsunoda, bersama pasukan itu berkemungkinan besar bakal berakhir sebaik sahaja tamat kontraknya pada hujung musim ini.

Khabar angin dikalangan media sukan permotoran paling elit dunia itu bertiup kencang dengan meletakkan tempat pemandu itu akan digantikan sepenuhnya oleh Liam Lawson.

Ia memandang tahap pencapaian pemandu kelahiran Jepun itu yang gagal mencapai tahap yang memuaskan hati pengurusan Red Bull Racing.

Selepas 14 pusingan perlumbaan Tsunoda hanya mampu mengumpulkan 10 mata sahaja dengan kedudukan tertinggi pernah dicatatkannya ialah pada perlumbaan Grand Prix Bahrain iaitu di tangga kesembilan.

Dengan pencapaian itu Tsunoda kini menduduki ranking ke-18 dalam carta kedudukan keseluruhan pemandu ketika ini.

Manakala Lawson pula berjaya mengumpul 20 mata keseluruhan dan kini berada di kedudukan ke-15.

Bagaimanapun ia masih lagi menjadi teka teki memandangkan pengurusan baru Red Bull di bawah Laurent Mekies juga dikatakan tidak berapa gembira dengan prestasi Lawson.

Rakan sepasukan mereka Max Verstappen pula masih berada dalam kedudukan terbaik iaitu di tangga ke-3 keseluruhan walaupun sudah agak jauh berbanding dua pelumba Mclaren ketika ini iaitu Oscar Piastri dan juga Lando Norris.

Piastri kini mengumpul 284 mata di tangga teratas manakala Norris pula mengumpul 275 mata dan berada di tangga kedua keseluruhan.

Advertisement

Must Watch Video