Skip to main content

Permotoran

F1: Hamilton, Leclerc dapat AMARAN?!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1.jpg
Presiden Ferrari, John Elkann, memberi amaran kepada dua pemandunya, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, supaya 'berhenti bercakap' dan fokus kepada perlumbaan selepas satu lagi aksi mengecewakan di Grand Prix (GP) Sao Paolo hujung minggu lalu.

Amaran itu hadir susulan dua jentera Ferrari gagal menamatkan perlumbaan menjadikan musim 2025 sebagai satu kekecewaan besar buat pasukan ternama Formula 1 (F1) itu.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton yang menyertai Ferrari daripada Mercedes musim ini menyifatkan kempen pertamanya bersama Scuderia sebagai 'mimpi ngeri' selepas terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pada pusingan ke-40 akibat kerosakan jentera dan penalti.

Leclerc pula tidak berjaya menamatkan perlumbaan selepas satu pelanggaran yang menyaksikan dirinya menjadi mangsa tragedi.

Elkann berkata, dia mahu pelumbanya menumpukan sepenuh perhatian pada baki pusingan musim ini.
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video