F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Saufi Tahir
September 22, 2024 11:35 MYT
September 22, 2024 11:35 MYT
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.
Video itu dikongsikan di laman rasmi F1 dengan menyaksikan beberapa staf cuba mengalihkan dan mengejar raptilia itu daripada terus berada di dalam litar.
Dalam pada itu, Pelumba McLaren, Lando Norris, bakal memulakan perlumbaan di petak pertama manakala Max Verstappen pula di kedudukan kedua dan Lewis Hamilton di tempat ketiga.