F1
F1: GP Emilia Romagna dibatalkan kerana faktor cuaca ekstrem
Perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Emilia Romagna hujung minggu ini terpaksa dibatalkan berikutan keadaan cuaca ekstrem di venue berkenaan.
Keadaan hujan berterusan di bandar itu menyaksikan kawasan 'paddock' di Litar Imola, utara Itali berkenaan terpaksa dipindahkan berikutan risiko banjir dan setiap kakitangan F1 diarahkan untuk menjauhi kawasan itu.
Walaupun litar itu masih tidak ditenggelami air, keadaan di sekelilingnya kelihatan terjejas dengan cuaca ekstrem berkenaan.
Iklan
Menurut agensi berita, PA, perlumbaan itu juga berkemungkinan besar tidak akan dijadualkan semula.
F1 dalam satu kenyataan berkata: "Komuniti Formula 1 bersimpati dengan individu dan komuniti yang terjejas dengan apa yang terjadi di Emilia Romagna baru-baru ini.
"Kami juga mahu menzahirkan penghormatan terhadap pekerja khidmat kecemasan yang melakukan segala-galanya semampu mereka untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan.
"Selepas perbincangan di antara Formula 1, Presiden FIA, pihak berkuasa tempatan, termasuk menteri yang berkaitan, presiden Kelab Automobil Itali, Presiden Emilia Romagna, datuk bandar dan pihak penganjur, keputusan telah dibuat untuk tidak meneruskan GP di Imola hujung minggu ini."
The decision has been taken not to proceed with the Grand Prix weekend in Imola#EmiliaRomagnaGP #F1 pic.twitter.com/4taauGnFEA— Formula 1 (@F1) May 17, 2023
Must-Watch Video