Pemandu pasukan Alpine, Pierre Gasly, mengharapkan kehadiran pengarah urusan baharu, Steve Nielsen, ke dalam pasukan itu mampu memperlihatkan perubahan yang ketara dalam perjuangan Alpine dalam perlumbaan Formula 1.
Selepas pasukan itu turut memiliki Prinsipal baharu May lalu iaitu Oliver Oakes, kemasukan Nielsen ke dalam Alpine dilihat sebagai strategi baharu untuk memperkuatkan lagi pasukan tersebut.
Gasly seolah-olah melihat kehadiran dua tokoh itu mampu menyediakan hala tuju baharu Alpine yang kini boleh dikatakan mencipta sedikit kemajuan bagi musim 2025.
Nielsen bukanlah asing dalam dunia perlumbaan dan permotoran malah dia sebelum ini bertindak sebagai ketua pegawai operasi di salah sebuah syarikat yang memegang hak komersial F1.
Gasly yang menduduki ranking ke-14 keseluruhan ketika ini meletakkan harapan yang besar agar perubahan ini juga bakal melibatkan perubahan positif terhadap jentera yang digunakan ketika ini menjelang musim baharu 2026 nanti.
Sejak bersama Alpine, pencapaian terbaik Gasly adalah pada Grand Prix great Britain iaitu pada Julai lalu dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.
Manakala pasukan Alpine ketika ini berada di kedudukan ke-10 iaitu di tangga tercorot carta di belakang pasukan Haas dengan mengumpul 20 mata keseluruhan.