F1: Dominasi Max Verstappen tidak peroleh penghargaan sewajarnya -- Fernando Alonso
Ammar Hakim
Ogos 29, 2023 08:48 MYT
Ogos 29, 2023 08:48 MYT
Fernando Alonso percaya kejayaan Max Verstappen yang menyamai rekod Formula Satu telah dipandang remeh.
Verstappen menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dengan aksi cemerlang dalam Grand Prix Belanda Ahad lalu.
Pemandu jentera Red Bull itu mendahului 138 mata di puncak kejohanan dunia dan boleh menutup gelaran ketiganya seawal bulan depan.
Nine successive wins ? Max matches Seb’s record ? pic.twitter.com/pAqRTolRgC
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) August 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal musim ini, Lewis Hamilton menyifatkan jentera Red Bull Verstappen sebagai kereta terpantas yang pernah dilihatnya.
Namun semasa Verstappen mencatat sembilan berturut-turut, rakan sepasukan Sergio Perez -- satu-satunya pemandu lain yang memenangi perlumbaan pada 2023 -- telah menamatkan podium lima kali.
Dan juara dunia berganda Alonso, naib juara kepada Verstappen di Zandvoort, berkata, “Kejayaan dipandang remeh apa yang dicapai oleh Max. Untuk menang dengan cara yang dominan dalam mana-mana sukan profesional adalah sangat rumit.
“Hari ini saya rasa berhubung dengan kereta itu dan saya mampu memberikan 100 peratus kebolehan saya tetapi mungkin di perlumbaan lain di Belgium atau Austria, sebagai contoh, saya tidak mampu melakukannya.
Nine consecutive wins apiece, 10 years apart #DutchGP @redbullracing pic.twitter.com/0PtN77q34r
— Formula 1 (@F1) August 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi apa yang telah diusahakan Max membenarkan dirinya mendominasi saingan musim ini.”