Skip to main content

Permotoran

F1: Dengan seragam Ferrari, Lewis Hamilton terkesima raih petak utama kelayakan sprint GP China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lewis-hamilton.jpg
Lewis Hamilton terkesima apabila buat pertama kalinya menempatkan dirinya di petak utama bersama pasukan Ferrari dengan mengungguli saingan Kelayakan Sprint Formula 1 (F1) dalam GP China sebentar tadi.

Hamilton berdepan kesukaran dalam perlumbaan pertamanya bersama Scuderia di Australia minggu lalu tetapi kembali mengukirkan senyuman di Shanghai selepas mengatasi pelumba Red Bull, Max Verstappen, dengan perbezaan 0.0018 saat, di mana dia mencatatkan 1m 30.849s.

Selepas ketinggalan di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc dalam aksi pembuka musim, juara dunia tujuh kali itu memanfaatkan segala kelebihan yang memihaknya untuk menempah petak utama, pada ketika pasukan pilihan, McLaren, mula mempamerkan kegoyahan.

Oscar Piastri hanya mampu mencatat masa ketiga terbaik dalam SQ3 manakala pemenang di Melbourne hujung minggu lalu, Lando Norris, hanya menduduki tempat keenam selepas pemandu Britain itu melakukan kesilapan pada pusingan pertama SQ3.

"Sejujurnya, saya agak terkesima. Saya agak terkejut dengannya. Saya tidak tahu bila kami akan sampai ke tahap ini.

"Selepas hujung minggu lalu, ia adalah permulaan minggu yang sukar dan saya datang ke sini dengan agresif dan hanya mahu ke hujung minggu dan membawa kereta ini ke kedudukan yang benar-benar baik.

"Saya bermula dengan segera dengan perasaan yang lebih baik di dalam kereta ini dan saya tidak percaya bahawa kami berada di hadapan, mendahului McLaren yang begitu pantas sepanjang ujian musim sejuk, perlumbaan pertama, dan juga hari ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video