Skip to main content

Sukan Lain

F1: Daniel Ricciardo kembali kendali jentera AlphaTauri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_72937436.jpg
Daniel Ricciardo membuat kejutan apabila kembali ke Formula Satu di Grand Prix Hungary pada hari Ahad.

Pemenang grand prix lapan kali, yang dilepaskan oleh McLaren akhir tahun lalu, akan menggantikan Nyck de Vries di pasukan junior Red Bull, AlphaTauri untuk sepanjang tahun ini.

De Vries yang beraksi bersama AlphaTauri pada awal musim ini namun dia telah digugurkan selepas hanya 10 perlumbaan, membuka jalan untuk kemunculan semula Ricciardo.

Kerjaya Ricciardo yang berusia 34 tahun nampaknya sudah berakhir selepas dia dianggap lebihan kepada keperluan oleh McLaren berikutan dua musim yang kurang memberangsangkan bersama pasukan Britain itu.
 

Ricciardo gagal mendapat tempat untuk musim 2023 dan sebaliknya memilih untuk kembali ke Red Bull -- pasukan di mana dia memenangi tujuh grand prix -- sebagai pemandu simpanan.

Ricciardo mendapat rasa pertamanya terhadap Red Bull musim ini semasa ujian tayar di Silverstone pada hari Selasa -- 48 jam selepas Grand Prix British di mana De Vries menduduki tempat ke-17 dan terakhir.

Advertisement

Must Watch Video