Sebelum ini pemandu McLaren, Oscar Piastri nampak begitu selesa yang mungkin agak yakin bahawa dia mampu untuk mengekalkan posisi teratas carta kedudukan pelumba sehingga ke penghujung musim ini sekaligus merebut gelaran juara dunia 2025.
Namun selepas pusingan perlumbaan di Mexico, rakan sepasukanya Lando Norris yang sebelum ini pernah berikan laluan buat Piastri ketika Grand Prix Hungary atas arahan pasukan itu berjaya memadamkan keyakinan Piastri dan pasukanya ketika ini dalam pemburuan gelaran juara dunia.
Bahkan kini bukan sahaja Norris yang menjadi penghalang buatnya untuk merebut kejuaraan musim ini tetapi juga Verstappen daripada Red Bull Racing yang juga sudah berjaya membuka semula ruang untuk beliau turut mencabar dalam perebutan tersebut.
Piastri yang agak banyak kehilangan mata dalam lima pusingan perlumbaan terakhir sebelum ini tentunya agak bimbang dengan perkembangan terbaharu namun tidaklah bermakna dia sudah tidak mampu memberikan tentangan kepada dua pemandu itu.
Namun ketika ini Piastri tidak lagi mampu berada dalam keadaan selesa sebaliknya perlu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada yang sepatutnya sebelum ini jika mahu terus bersaing dengan Norris dan Verstappen.
Ketinggalan satu mata di belakang rakan sepasukanya itu sememangnya kedengaran terlalu nipis perbezaanya..namun satu mata juga adalah penentu kepada juara atau sebaliknya.
Dengan hanya tinggal empat sahaja lagi pusingan perlumbaan untuk ditamatkan musim ini, masa memang suntuk untuk ketiga-tiga mereka melainkan mata maksimum perlu dikutip dalam setiap perlumbaan untuk berpeluang muncul juara dunia musim ini.
Konsistensi berada di tahap terbaik serta taktikal pasukan yang bijak amat diperlukan ketiga-tiga mereka dalam memastikan pemburuan gelaran yang diimpikan itu mampu berada dalam genggaman di akhir pusingan nanti.
Faktor nasib adalah perkara terakhir buat mereka sandarkan ketika ini bagi merealisasikan hajat itu ketika peluang yang ditawarkan masih terbuka untuk direbut.
Justeru ketiga-tiga mereka samada Norris, Piastri dan Verstappen berkemungkinan perlu berentap sehingga ke pusingan akhir di Abu Dhabi sebelum mampu bergelar juara dunia Formula 1 bagi musim 2025.
Dapatkan Sekarang

Garmin Vivoactive 5
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang