F1

F1: Alonso harap Verstappen rangkul kejuaraan musim 2025

Stadium Astro
King Hisyam
11/04/2025
03:57 MYT
Sponsor Banner
F1: Alonso harap Verstappen rangkul kejuaraan musim 2025
Pemandu Aston Martin, Fernando Alonso, berharap pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen, mampu merebut kejuaraan dunia tahun ini berbanding pemandu yang lain.
Bekas juara dunia dua kali itu melihat bakat dan kemampuan yang dimiliki pemandu Red Bull Racing itu ketika ini berada pada momentum yang betul untuk memburu kejuaraan bagi musim 2025.
Bagaimanapun, jelas Alonso sasaran itu pastinya tidak hadir dengan mudah buat Verstappen sebaliknya ia memerlukan beberapa perubahan yang perlu dilakukan terhadap jentera pemandu Belanda itu.
Juara Dunia 2005 dan 2006 itu menjelaskan bahawa dia memahami keadaan Verstappen ketika ini berada pada prestasi terbaik, namun terpaksa berdepan dengan keadaan jentera yang berada di bawah kemampuan seperti yang diharapkan.
"Saya pernah berada di tempat dia itu dan saya pernah berjuang untuk merebut kejuaraan dunia dengan jentera ketiga atau keempat terpantas.
"Jadi anda tahu bahawa pada akhirnya ia akan berdepan dengan kesukaran untuk menewaskan sebastian Vettel.
"Jadi saya berharap agar dia mampu berjuang hingga ke penghujung namun mereka perlu memperbaiki sedikit jentera mereka," kata Alonso.
Selepas mengharungi tiga pusingan perlumbaan bagi musim 2025, Verstappen kini memimpin carta kedudukan semasa keseluruhan pelumba dengan mengumpul 437 mata.
Kedudukan itu mungkin sedikit selesa dengan jarak pencabar terdekatnya Lando Norris yang menduduki tangga kedua di belakangnya dengan 374 mata.
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc, pula menghambat rapat kedudukan Norris di kedudukan ketiga dengan mengumpul 356 mata setakat ini.
Kesemua pelumba akan berentap pada perlumbaan pusingan ke-4 hujung minggu ini di Grand Prix Bahrain bermula 11 hingga 13 April.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video