Skip to main content

Sukan Lain

Ezuan tidak sabar kembali ke lapang sasar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ezuan-nasir-khan.jpg
Sambutan Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat penembak negara, Ezuan Nasir Khan, apabila dijadualkan menyertai Kejohanan Menembak Selangor di Lapang Sasar Subang, bermula 25 Jun ini selepas kerap berehat sejak sembilan bulan lalu.

Kejohanan itu juga merupakan kejonanan sulung penembak itu sepanjang tahun ini.

"Ia penantian selama sembilan bulan.

"Sebelum ini, kami tidak pernah melalui waktu rehat sepanjang ini kerana kami akan menyertai satu kejohanan setiap bulan di dalam mahupun di luar negara.

"Disebabkan masalah tertentu, Lapang Sasar Subang baru sahaja boleh dibuka kembali sejak sembilan bulan lalu.

"Ia mendatangkan perasaan teruja buat saya," katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ezuan berkata: "Peluang untuk ke temasya itu masih ada lagi kerana masih ada satu lagi kejohanan yang akan memberikan kuota ke Sukan Olimpik.

"Ia adalah Kejohanan Menembak Asia, November depan."
 

Advertisement

Must Watch Video