Skip to main content

E-Sukan

E-Sukan: Trio SRG.OG terima pingat kecemerlangan sukan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpeg
Tiga pemain utama Selangor Red Giants.OG (SRG.OG), Hazziq Danish atau lebih dikenali sebagai (Stormie), Muhammad Haqullah lebih dikenali (Sekys), Muhammad Qayyum atau lebih dikenali (Yums), menjadi antara penerima pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Tiga pemain utama SRG.OG itu, telah membawa nama Malaysia sehingga pentas dunia dan kini dalam misi menjurai Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 bagi tiga tahun berturut-turut bagi melayakkan diri ke Mid Season Cup 2025 (MSC).

SRG.OG sebelum ini menjuarai MSC 2024 di Riyard, Arab Saudi, dengan membawa pulang hadiah kemenangan jutaan ringgit, Trio SRG.OG ini juga membawa nama negara menjuarai IESF 2024 di Riyard, Arab Saudi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video