E-SUKAN

E-sukan: Skuad eMAS tempa nama dalam Malaysian Book of Records

Shaiful Shamsudin 13/06/2024 | 10:55 MYT
Umur bukan penghalang pasukan e-sukan, eMAS yang merupakan skuad e-sukan senior pertama Malaysia yang akan dibarisi pemain berusia 50 tahun ke atas.
Dibentuk oleh Good-Day Charge, skuad e-sukan Counter Strike itu juga telah menempa nama dalam Malaysian Book of Records.
Hanya enam pemain dipilih dalam kalangan hampir 300 penyertaan setelah disenarai pendek oleh dua sosok berpengalaman, iaitu Mohd Syazwan 'Wanro' dan Mohammad Reza 'Rexa', yang memiliki 20 tahun pengalaman dalam bidang e-sukan.
Dan bagi memastikan mereka mencipta nama dalam sejarah, pasukan eMAS telah mencabar pasukan profesional Counter Strike Malaysia, HXG.
"Langkah ini membuka mata ramai bahawa tanpa mengira berapakah umur dan keadaan fizikal anda, asalkan anda sihat malah pernah menjalani pembedahan jantung sekalipun, anda boleh menjadi atlet e-sukan.
"Tidakkah ia nampak menarik apabila nenek dan mak anda mula bermain permainan video.
"Kita juga tidak perlu risau mengenai risiko kecederaan," kata ketua pasukan eMAS, Trish Lim, di Nadi Arena sebentar tadi.
#E-Sukan
;