Skip to main content

E-Sukan

E-sukan: Pemain Malaysia perlu ubah mentaliti, jangan takut untuk bermain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpsgoku-pubg.jpg
Selepas tamat Kejohanan PUBG Mobile Super League Asia Tenggara (PMSL) di Jakarta, tiada wakil Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia E-sukan (EWC) di Riyadh, yang menawarkan tiga slot.

Ketua jurulatih CelcomDigi Alliance (CDAL), Mosleh Subairi, atau lebih dikenali sebagai Mosgoku, berkata mentaliti pemain Malaysia perlu diubah dan jangan bergantung sepenuhnya kepada kehebatan menembak.

"Bila kita dalam kejohanan, jangan takut kepada sesiapa.

"Semua orang bermain permainan yang sama, berlatih hari-hari permainan yang sama.

"Apa yang memebezakan kita dengan orang lain adalah mentaliti, cara kita berfikir." katanya seperti dilaporkan WTM Today.

Dalam aksi Grand Final, pasukan bimbingan Mosgoku menamatkan saingan di ranking ketujuh dengan pungutan 101 mata dan satu Winner-Winner Chicken Dinner (WWCD).

Pasukan CDAL sudah berlepas ke Hong Kong bagi mengharungi satu kejohanan jemputan yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Jun ini.

Selamat maju jaya CDAL!

 

Advertisement

Must Watch Video