BOLING
Esther Cheah raih gelaran PWBA pertama di Oklahoma
Pemain boling negara, Esther Cheah, mencatatkan 249 dan 238 mata dalam perlawanan final stepladder untuk meninggalkan Pusat Boling Sooner di Norman, Oklahoma, selaku juara Kejohanan Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) Serantau Oklahoma hari ini.
Esther, bersama pendahulu Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PWBA, Sin Li Jane, sedang bersama-sama bertanding dalam Jelajah Nasional PWBA musim ini dan dia gembira dapat menambah satu trofi miliknya sendiri untuk diletakkan dalam rak yang sama dengan tiga trofi yang sudah diraih Li Jane setakat ini.
"Amat gembira untuk memiliki trofi sendiri untuk diletakkan bersama trofi-trofinya," kata Esther disulami tawanya.
Iklan
Dengan kemenangan itu, Esther memenangi wang kemenangan $1,600 (RM7,473.87) dan slot automatik untuk beraksi dalam PWBA Regional Showdown di Florida pada Disember depan.
Must-Watch Video