Pelumba muda negara, Qabil Irfan, membuktikan kemampuan apabila menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kedua dalam Kejohanan Espana Superbike Kategori ESBK Talent di Barcelona, pagi tadi.
Qabil 1 minit 52.409 saat hanya kurang 0.1 saat berbanding pelumba yang meraih petak utama, Enzo Zaragoza, dalam pusingan kedua itu.
Kejayaan itu meletakkannya di petak hadapan untuk perlumbaan 1 yang akan bermula sebentar lagi.
Dengan tunggangan bertenaga, Qabil Irfan bakal menggegar litar di Barcelona dalam misi mendendangkan Lagu Negaraku di persada antarabangsa.
"Saya tidak perasan ketika Enzo cuba memintas tapi tetap berpuas hati dengan petak kedua.
"Pelarasan jentera hari ini baik walaupun ada sedikit masalah brek.
"Pasukan teknikal kata jentera saya sudah mencapai tahap maksimum.
"Saya akan pecut untuk mendapatkan tempat hadapan ketika perlumbaan sebenar nanti, katanya.