SUKAN LAIN

ESM Internationale sambut baik tambah venue pickleball

Najmi Iman 29/07/2024 | 13:05 MYT
Kejohanan Pickleball Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi dengan musim kedua menampilkan lebih ramai peserta daripada dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab ESM Internationale merangkap jurulatih sukan tersebut, Mohd Faizal Othman, mengakui sangat teruja dengan jumlah peserta yang bertanding dalam pertandingan berkenaan sambil melihat ia merupakan perkembangan positif dalam penyertaan tersebut.
Menurut Mohd Faizal, pertambahan jumlah venue atau gelanggang pickleball menjadi titik utama terhadap penerimaan orang ramai terhadap aksi itu.
"Kami menyambut baik perkara positif apabila melihat banyak gelanggang pickleball mula dibuka serata Kuala Lumpur dan di beberapa negeri juga.
"Kerana ia mampu melahirkan ramai pemain berkualiti dan berterima kasih kepada mereka atas usaha memartabatkan sukan baru ini," kata Mohd Faizal Othman.
Meskipun turun sebagai pemain dalam kategori beregu campuran bergandingan bersama anak didiknya, Nurin Nabilah, Mohd Faizal tetap merasakan banyak perkara perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya untuk ke aksi akhir.
"Secara jujurnya saya sangat gementar kerana digandingkan bersama jurulatih tapi kami mempunyai komunikasi yang bagus dan bersiap sedia untuk melakukan yang terbaik pada perlawanan berikutnya," kata Nurin Nabilah.
#Pickleball #ESM Internationale #Mohd Faizal Othman #Nurin Nabilah
;