Skip to main content

Permotoran

ESBK Talent: Suhu ekstrem tak halang Qabil Irfan sambar podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Pelumba berbakat besar negara, Qabil Irfan, menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan kedua dalam Perlumbaan 1, Pusingan Ketiga, Espana Superbike Championship (ESBK) Talent Cup di Litar Motorland Aragon, Sepanyol, malam tadi.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca cukup panas sehingga mencecah suhu sekitar 45 darjah Celcius, Qabil bermula dengan cukup cemerlang menerusi holeshot sejurus lampu merah dipadamkan untuk mengetuai cabaran

Namun, keadaan angin kuat di sektor empat menyukarkan usaha Qabil untuk kekal berada di hadapan, malah situasi itu menyaksikan perubahan kelompok hadapan saling pintas memintas sehinigga Qabil kembali di depan seawal selekoh pertama.





Begitupun, kelebihan itu segera dipintas Enzo Zaragoza yang sudah dijangka bakal memanfaatkan laluan lurus dan slipstream sejurus memasuki selekoh kedua sekali gus melintasi garisan penamat selaku juara dengan kelebihan hanya 0.062s.

"Perlawanan tadi agak sengit, saya cuba tapi tidak dapat. Ada pelumba mendahului dengan perlahanan. Saya memang mahu mengungguli perlumbaan, sehingga Sampai ke selekoh terakhir tetapi dipotong.

"Saya akan cuba menjadi lebih kuat dalam Perlumbaan 2 nanti." katanya.

Perlumbaan 2 bakal diteruskan pada jam 8.30 malam hari ini.

Advertisement

Must Watch Video