Qabil Irfan Azlan meneruskan perjuangan minggu kedua berturut-turut dalam Kejohanan Espana Superbike Championship (ESBK) Talent yang kini memasuki pusingan 3 di Litar Motorland Aragon, Sepanyol.
Litar itu menampilkan tujuh selekoh kanan, 10 selekoh kiri dan laluan lurus sejauh 968 meter yang pastinya cabaran yang hebat menanti Qabil Irfan minggu ini.
Musim panas yang melanda Sepanyol bukanlah halangan buat Qabil Irfan, setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pusingan sebelum ini dengan menamatkan perlumbaan 1 di tempat kedua dan memenangi perlumbaan 2.
"Trek ini agak mencabar kerana banyak melibatkan selekoh berbukit. Saya diingatkan mengenai gear selain menggunakan peluang ketika sesi latihan bebas esok untuk mencari pelarasan terbaik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Ketika itu, perlumbaan berlangsung dalam cuaca panas dan kering dengan suhu mencecah 45 darjah celsius.
Bagi memastikan tahap persiapan kekal optimum, Qabil Irfan terus berada di Sepanyol dan menjalani sesi latihan intensif di samping Hakim Danish Ramli di Tarragona sambil dipantau oleh jurulatih berpengalaman.
"Saya pernah melakukan ujian di sini pada beberapa minggu lepas.
"Hakim Danish turut membantu saya memahami selok belok litar ini," katanya.