Skip to main content

Permotoran

ESBK Talent Cup: Qabil tidak sangka mampu saingi Izan Rodriguez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Juara Dunia MiniGP 2023, Qabil Irfan, cemerlang mendominasi kedua-dua perlumbaan di pusingan pertama Espana Superbike Championship (ESBK) selamat pulang ke tanah air hari ini.

Qabil yang ditemui wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyatakan ia jadi kejayaan paling manis buat Qabil terutamanya apabila dia menumpaskan juara dunia 2021, Izan Rodriguez, dalam kedua-dua perlumbaan. 

Menjadi juara berganda di Litar Jerez merupakan pencapaian terbaik buat Qabil membuka kempen kejohanan antarabangsa dalam kalendar 2025.

"Rezeki saya dalam pusingan pertama, saya sangat gembira. Saya tidak letakkan sasaran dalam Perlumbaan 2 kerana saya tahu dia akan tukar strategi." katanya.






Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, menyifatkan  penajaan yang sangat berbaloi buat Qabil kerana berjaya menampilkan sesuatu yang luar biasa di peringkat antarabangsa.

"Ini persaingan ESBK pertama, kami harap Qabil dapat kekalkan prestasi dan menjulang kejuaraan dalam setiap saingan." tambahnya.

Malah, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi dari Kementerian Belia dan Sukan, Azli Mohamad Daud, selaku turut menzahirkan perasaan syukur dengan kejayaan Qabil Irfan dan dia berpendapat bahawa kejayaan ini mampu menjadi inspirasi buat ibu bapa di seluruh malaysia bagi menggalakkan anak-anak mereka bagi menceburi sukan dua roda itu.

"Saya mengharapkan kejayaan Qabil memberikan dorongan khasnya ibu bapa agar melihat sukan permotoran ini bukan untuk orang berada, tetapi mereka yang berminat dating dan temui pihak yang betul." ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video