Pelumba sukan permotoran negara, Qabil Irfan Azlan tidak berdepan masalah untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan peringkat kelayakan pusingan pertama Espana Superbike Championship (ESBK) yang bakal mengambil tempat di Litar Jerez, Sepanyol.
Biarpun terpaksa beraksi dalam keadaan litar licin, namun pelumba versatil itu berjaya memberikan cabaran sengit kepada tiga pelumba Sepanyol untuk berada pada kelompok lima terbaik.
Qabil menamatkan saingan dengan catatan masa terpantas 2 minit 02.561 saat dengan meninggalkan Andres Garcia dengan perbezaan 0.048 saat.
"Perlumbaan hari ini agak mencabar dengan keadaan cuaca hujan, jalan basah masa peringkat kelayakan tapi saya berusaha untuk sesuaikan diri dengan jentera.
"Pengendalian jentera saya agak terganggu disebabkan oleh jalan licin tetapi saya tetap berpuas hati kerana mampu berada di kedudukan ke-5 hari ini," ulasnya.
Dia yang bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly akan bermula pada petak kelima menunggang jentera Honda NSF 250r dalam perlumbaan pertama hari ini pukul 7.50 malam, waktu malaysia.