Skip to main content

Permotoran

ESBK: Qabil yakin mampu kekalkan momentum juara di Catalunya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

496233522_1324267363032589_5192956793023718374_n.jpg
Pelumba cilik berbakat dari Terengganu, Qabil Irfan mensasarkan untuk menamatkan siri perlumbaan yang bakal berlangsung di Litar Catalunya hujung minggu ini di podium.

Qabil sebenarnya bukan asing di litar tersebut yang menyaksikan dia pernah melakarkan sejarah yang tersendiuri apabila muncul selaku juara tahun lalu.

Beliau yang kini bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly berazam untuk mengulangi pencapaianya itu menjelang perlumbaan sebenar pada Ahad.

"Litar ini menarik, banyak selekoh berkelajuan tinggi yang saya gemari. Saya pernah menang di sini pada 2024, jadi saya cukup teruja untuk turun semula." Kata Qabil kepada media selepas menjalani sesi latihan pada Khamis.

Sebagai langkah persediaan, Qabil sempat menjalani sesi latihan intensif bersama pasukan Riders Formation minggu lalu dalam meastikan fizikalnya serta tekniknya berada pada tahap terbaik bagi menghadapi pusingan perlumbaan kali ini

"Dengan persiapan yang telah saya lakukan, saya yakin mampu mengekalkan momentum seperti perlumbaan sebelum ini. Matlamat saya tetap sama berikan yang terbaik buat diri dan negara.

Advertisement

Must Watch Video