Skip to main content

Sukan Lain

ESBK: Qabil Irfan optimis perkuat kedudukan selaku pendahulu kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-irfan.jpg
Menjelang pusingan kelima saingan ESBK 2025 di Litar Navarra, Sepanyol pelumba ZK Racing, Qabil Irfan, mengakui dirinya dan jenteranya berada di dalam keadaan yang terbaik selepas sesi kelayakan hari ini apabila menghuni tangga keempat.

Kali ini, Qabil mengambil iniisiatif untuk tidak mengikuti kelompok pelumba lain bagi menguji kekuatan jenteranya serta mencari pacenya sendiri.

Namun begitu, Qabil Irfan optimis untuk memperkuat kedudukan selaku pendahulu -- berbaki tiga lagi perlumbaan untuk misi bergelar juara ESBK edisi kali ini.
 

Advertisement

Must Watch Video