'Era baru sukan berbasikal Malaysia kini bermula' -- tahniah Datuk Amarjit Singh Gill, atas pelantikan selaku presiden baru Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi kemenangan dalam pemilihan presiden melibatkan pertandingan tiga penjuru.
Sebelum ini jawatan penting PKBM itu disandang Allahyarham Datuk Abu Samah Wahab yang menang tanpa bertanding selama hampir 33 tahun.
Dalam sesi pemilihan yang diadakan hari ini, Amarjit berjaya mendapat 35 undi -- diikuti Yunus Ibrahim dengan 23 undi.
Keputusan itu menyaksikan Amarjit bakal menerajui kepimpinan PKBM sehingga tahun 2026.
"Saya akan memberikan keutamaan terbesar untuk perkara ini kerana suasana harmoni sangat penting kepada saya dan semua Ahli Exco, Ahli Majlis dan Ahli Gabungan Negeri," katanya.
Sementara itu -- Amarjit berharap untuk melihat prestasi sukan BMX di Malaysia terus kukuh di peringkat dunia dengan menjadikan pembangunan sukan tersebut sebagai antara agenda utama sepanjang diberi mandat menerajui pembangunan persekutuan ini.
Ammar Hakim
Sat Oct 12 2024