Skip to main content

Sukan Lain

Empat kali jantung saya berhenti -- Ben Askren

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ben-askren.jpg
Ben Askren, Olimpian dan bekas petarung UFC, berkongsi mengenai pengalamannya menunggu pemindahan organ selepas dijangkiti kes radang paru-paru yang kritikal.

Dalam video Instagram yang dikongsi 9 Julai lalu, bekas pejuang UFC, 40, bercakap dari katil hospitalnya tentang tempoh sukar diharunginya di hospital menunggu untuk paru-paru baru.

Menurut Askren, dia tidak mempunyai sebarang memori dari 28 Mei hingga 2 Julai, dan dia membaca jurnal isterinya untuk mengetahui apa yang berlaku kepadanya.

"Tiada ingatan, tiada idea, tiada idea apa yang berlaku," kata Askren dalam video itu. 

"Saya baru sahaja membaca jurnal isteri saya, dan ia seperti filem. Ia tidak masuk akal. Saya telah mati empat kali, jantung saya berhenti selama kira-kira 20 saat." 

Isteri Askren, Amy, sebelum ini berkongsi dalam satu siri siaran media sosial bahawa Askren diletakkan pada ventilator pada bulan Jun selepas dia dibawa ke hospital Wisconsin dalam keadaan kritikal, dan dia menerima tempat dalam senarai penderma untuk pemindahan paru-paru pada 24 Jun.

Askren merupakan pemenang Trofi Dan Hodge dynia dan memenangi gelaran ONE Championship dan Bellator. Dia juga bertanding dalam Sukan Olimpik 2008.

Pada 2019, dua mengumkan persaraan daripada UFC selepas hanya tiga perlawanan dengan rekod 1-2.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video