SUKAN LAIN
Emily yakin latihan di Lumut suntik semangat dalam skuad ragbi wanita
Pemain ragbi wanita negara, Emily Stephanie, percaya pasukannya mampu menghadirkan saingan hebat dalam Kejohanan Siri Ragbi Tujuh Sepasukan Wanita Asia 2019 selepas menjalani latihan keras April lalu.
Skuad ragbi wanita tujuh sepasukan berguru selama seminggu di Kem TLDM Lumut, Perak dari 6 hinga 12 April lalu.
Sibuk mempersiapkan diri untuk Kejohanan Siri Ragbi Wanita Asia, mereka didedahkan dengan pengalaman latihan yang lebih mencabar, menyaksikan kekuatan mental dan fizikal pemain negara diuji menerusi program latihan yang telah ditetapkan oleh TLDM.
Iklan
"Latihan di sana memang sukar, mereka melayan dengan kasar. Tiada belas kasihan tetapi kami faham," kata Emily.
Skuad negara akan berlepas ke Sapporo, Jepun untuk menyertai Kejohanan Pirika Moshiri, Sabtu ini.
Ia juga sebahagian daripada persiapan skuad negara bagi menghadapi Siri Ragbi Wanita Asia dan Sukan SEA 2019 di Filipina, November depan.
"Sasaran kami adalah sekurang-kurangnya mengatasi Singapura. Sekarang mereka di atas kami, jadi kami perlu cuba yang terbaik untuk menewaskan mereka," ujar seorang lagi pemain negara, Cindy John Pasan.
Must-Watch Video