Skip to main content

Sukan Lain

Elvis Priestly pamer terjunan memukau, Pandelela ungguli acara 10m platform

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

elvis.jpg
"Tak berapa gembira, tak berapa sedih"

Demikian penegasan penerjun pelapis kebangsaan, Elvis Priestly, yang mengejutkan hampir kesemua penonton yang menyaksikan Kejohanan Ujian Kebangsaan 2025 dengan terjunan memukau sekali gus membutirkan kejayaan muncul juara acara 10m platform lelaki dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Lebih mengujakan, dia mencatatkan terjunan keseluruhan dengan 375.50 mata dengan jumlah darjah keseluruhan 19.7 mengatasi Muhammad Anilrian Normatrud.

Lebih mengujakan lagi, dia menenggelamkan penerjun olimpik, Bertrand Rhodict yang akur mengisi tempat ketiga.

"Saya tidak berapa gembira dan tidak berapa sedih kerana ini kejohana kecil untuk melayakkan diri ke Sukan SEA. Pada tahap saya kini saya tidak rasa saya masih boleh kalahkan mereka.

"Kami semua banyak yang masih cedera, kami mungkin akan jalani pemulihan selepas kejohanan ini," katanya.


Sementara itu, Datuk Pandelela Rinong, pula muncul juara acara 10m platform wanita dengan mencatatkan markah keseluruhan 270.20 mata menerusi darjah kesukaran 15.5.

Dia mengatasi Nur Eilisha Rania di tempat kedua dan Lee Yiat Qing di tempat ketiga. 

Dalam pada itu, Pandelela beranggapan sistem Minimum Qualification System (MQS) yang ditetapkan Pengarah Teknikal, Yeoh Ken Nee adalah langkah progresif dan tepat buat jangka masa panjang.

"Saya rasa hari ini prestasi saya baik sahaja tetapi rezeki dapat menang, saya gembira lihat junior saya semakin meningkat naik." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video