Skip to main content

Berbasikal

Elmi Jamari tangguh pembedahan jari demi Petronas LTdL 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jalani.jpg
Pasca pengumuman skuad berbasikal lebuhraya negara bagi edisi ke-29, menyaksikan “kelahiran semula“ Elmi Jumari.

Ini kerana Elmi merupakan antara pelumba senior skuad kendalian Mohd Yusof Abdul Nasir dan bertanggungjawab menggalas peranan selaku pakar pecut skuad negara.

Elmi melalui detik cemas pada Le Tour De Langkawi (LTdL) tahun lalu apabila terlibat dalam kemalangan di peringkat kedua, ketika perlumbaan menuju ke garisan penamat laluan dari Arau ke Butterworth.

Meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan jari telunjuk tangan kanannya itu, Elmi enggan mengalah dan mempunyai misi yang belum selesai.






Atas dasar itu, Elmi mengintai peluang berada di kelompok elit pada perlumbaan pembukaan dan kedua disamping peringkat keempat sebagai sasaran awal peribadinya untuk mencipta sesuatu istimewa bersama skuad lebuhraya negara.

"Bagi saya ada rasa kejatuhan tetapi tidak patah semangat, saya jalani tempoh pemulihan dalam lima bulan. Patah tulang selangka, dan jari tetapi tidak putus.

"Untuk maklumat masih belum sempurna tetapi dapat pegang pedal dengan baik cuma jari belum pulih. Saya akan jalani pembedahan bulan Disember.

"Saya suruh doktor tangguhkan untuk LTdL, jika buat pembedahan saya akan berehat lagi lima bulan. Banyak jalan berliku dan motivasi saya adalah mahu menang pusingan peringkat." katanya.

Advertisement

Must Watch Video