Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Qabil optimis perbaiki kedudukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil_1.jpg
Atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, percaya dia mampu memperbaiki kedudukan dalam saingan showjumping walaupun menamatkan pusingan pertama di kedudukan ke-26 keseluruhan.

Selepas kejayaan meraih pingat perak dalam saingan dressage, tiada tekanan buat skuad ekuestrian negara itu untuk kategori showjumping kerana tiada sasaran tinggi diletakkan bagi acara itu.

Selain saingan individu, Malaysia turut menyertai acara berpasukan dengan diwakili oleh Qabil serta gandingan adik-beradik, Neelan Jonathan Ratnasingam dan Sharmini Cristina Ratnasingam.

Selepas tamat pusingan pertama, Qabil berada di kedudukan ke-26 dengan catatan 60.17 mata sambil Neelan dan Sharmini masing-masing menduduki tempat ke-49 dan 52, menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan ke-12 keseluruhan berpasukan.

"Esok ada dua pusingan lagi, jadi diharapkan kami dapat melakukan lebih baik walaupun kali ini, cabaran paling sengit diberikan daripada 17 negara yang bertanding. 

"Kebanyakan daripada negara-negara yang memiliki kuda yang bagus tetapi kami akan tetap mencuba," kata Qabil.

Dalam masa sama, Qabil mengakui sedikit kekurangan buat skuad negara kerana hanya dapat menghantar tiga atlet bagi acara itu tatkala kebanyakan negara lain mempunyai empat wakil, sekali gus membolehkan keputusan tiga terbaik diambil kira kerana faktor penalti turut memainkan peranan.

"Ia jadi kekurangan kerana kami tidak akan mencicirkan mata. Jika ada penalti, kami akan mengira penalti itu. Jika ada empat penunggang, ia akan membantu. Tiga orang wakil semestinya membuatkan cabaran lebih sukar," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video