Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, mahu merangkul sebanyak mungkin pingat emas yang boleh sebelum bersara daripada pentas Sukan SEA.
Qabil mengetuai kuartet negara yang dibarisi oleh adiknya sendiri, Quzandria Nur, serta Edric Lee Chin Hon dan penunggang baru, Quek Sue Yian, ketika beraksi dalam acara dressage berpasukan yang menyaksikan mereka mencatat mata tertinggi berbanding 17 penunggang lain, iaitu 73.053 peratus.
Secara keseluruhan, Malaysia meraih 210.947 mata untuk menewaskan cabaran Thailand yang mencatat 206.211 mata dan Singapura dengan 201.289 mata, sekaligus memenangi emas di laman sendiri.
"Insya-Allah saya cuba mendapatkan lebih banyak lagi sebelum bersara kerana Sukan SEA kali ini adalah aksi terakhir saya," katanya.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Sue Yian, berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada skuad yang hebat dan berjaya membuahkan emas dalam penyertaan pertamanya.
"Saya berasa sangat berbesar hati untuk dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada anggota pasukan ini dan ia juga merupakan satu penghormatan buat diri saya,” ujarnya.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.