Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Qabil Ambak terus unggul di peringkat kelayakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-ambak.jpg
Penantian 20 tahun ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, untuk meraih pingat emas Sukan Asia terhidang Khamis ini apabila mengungguli senarai 12 atlet yang layak ke final acara dressage individu di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, hari ini.

Dua hari berturut-turut Qabil mengungguli peringkat kelayakan dressage individu.

Dia dan kudanya, Rosenstolz, mencatat 73.499 mata, kurang sedikit berbanding kelayakan pertama -- 74.881 mata--  namun tetap menghuni ranking teratas.

Ini petanda positif untuk menamatkan penantian selama dua dekad dalam pemburuan emas Sukan Asia.

"Hari ini markah yang diraih ada pengurangan (berbanding semalam) atas kesilapan tunggangan kuda dalam satu rutin. 

"Tetapi, rutin yang lain agak bagus dan markah yang diberikan juga agak tinggi. 

"Insya-Allah kalau kekal seperti ini, akan ada pingat emas pertama untuk saya dalam Sukan Asia," katanya. 

Ekuin Hong Kong, Jacqueline Siu, di ranking kedua sementara Korea Selatan ketiga.

Pencapaian terbaik Qabil ialah dua gangsa dalam Sukan Asia Guangzhou 2010. 

"Segala yang dilaburkan akan ada hasilnya.

"Terutama untuk negara dan sukan ini. Anda akan berasa kepuasan jika meraih emas," katanya.

Advertisement

Must Watch Video