Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Pelaburan besar berbaloi -- Sharmini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharmini.jpg
Ekuin negara, R. Sharmini, menganggap kos RM1 juta untuk menyertai Sukan Asia Jakarta-Palembang sesuatu yang berbaloi sungguhpun dia gagal menjelmakan pingat dalam acara show jumping, namun berharap kerajaan menghulurkan bantuan menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula tahun depan.

Skuad ekuestrian menamatkan cabaran Sukan Asia dengan perak dressage individu menerusi Qabil Ambak Mahamad Fathil.

Malaysia kemudian mencabar acara show jumping individu dan berpasukan, namun gagal meraih pingat.

Apa yang menarik, pengorbanan ekuin negara yang sanggup mengeluarkan kos sekitar RM1j untuk seekor kuda dengan secara keseluruhannya, Malaysia menghantar empat ekor kuda.

"Kita semua tahu bahawa ekuestrian merupakan sukan yang mahal dan penyertaan di sini melibatkan kos yang tinggi.

"Dalam kalangan 10 pasukan terbaik, banyak duit telah dilaburkan para peserta. 

"Untuk bersaing, alangkah baik kalau kami mendapat penajaan. 

"Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan penyertaan di sini, terutama dalam acara berpasukan tetapi daripada segi prestasi sendiri, saya kurang berpuas hati," kata Sharmini. 



 

Advertisement

Must Watch Video