Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Masalah ekuin negara selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ekues.jpg
Timbalan Chef-de-Mission (CDM), Dr P. Vellapandian, menganggap isu penginapan dan akreditasi milik kem ekuestrian negara telah selesai apabila mereka sudah menerima semua kemudahan yang dibatalkan pada saat-saat akhir oleh Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).

Beliau menganggap pihak sekretariat berada di kedudukan sepatutnya untuk membantu kerumitan yang dialami wakil negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, apabila berdepan dengan masalah logistik.

Menurutnya, segalanya telah selesai dan Qabil bersama dua ekuin yang lain hanya perlu fokus kepada persediaan mereka untuk menghadapi cabaran sebenar pada 21 dan 24 Ogos ini.

"Daripada pihak sekretariat, saya rasa kami telah melakukan yang terbaik untuk pasukan ekuin. Mereka juga telah masuk ke kem penginapan semalam bersama veterinar. Saya juga ada menikmati makan tengah hari bersama Qabil dan saya rasa semuanya lancar," ujarnya.

Beban yang ditanggung Qabil sepatutnya tidak berlaku kepada mana-mana atlet negara, namun Vellapandian menganggap isu itu hanya mampu dijawab sepenuhnya oleh CDM, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, yang hanya akan tiba di Jakarta esok.

"Saya menghormati Qabil kerana dia seorang atlet yang memiliki pendirian yang cekal, tegas serta memberikan komitmen yang sangat tinggi. Dia sanggup mengeluarkan wang dan sebagainya."

Advertisement

Must Watch Video