Yap Jun Zhe muncul juara acara lompatan berkuda kategori 110-120cm dalam Kejohanan Cabaran Lompatan Dunia di Kelab Sukan Ekuestrian STC, Seri Kembangan, hari ini.
"Clear round" dalam pusingan kedua menyaksikan ekuin Kelab Kuala Lumpur itu memenangi acara berkenaan dengan 15 mata penalti di hadapan naib juara, Sarjan Marshal Ajail, daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 28 mata penalti.
"Saya gembira diberi peluang oleh Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) untuk menyertai kejohanan ini.
"Dalam pusingan kedua, saya cuba menenangkan fikiran agar tidak memberikan tekanan kepada diri sendiri.
"Selepas dua tahun tidak menyertai sebarang kejohanan (sejak penularan COVID-19) maka pentas ini dianggap besar oleh kami.
"Sebab itulah lompatan saya hari ini agak berkarat.
"Apatah lagi melibatkan hampir 15 kompatan hari ini," kata Jun Zhe.