SUKAN LAIN

EGM: MAKAF gugur lima persatuan, setiausaha agung kecewa MSN potong elaun

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
08/01/2022
13:37 MYT
Sponsor Banner
EGM: MAKAF gugur lima persatuan, setiausaha agung kecewa MSN potong elaun
Selepas lama dipalit dengan isu, Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) akhirnya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pertama mereka bagi 2022 di Wisma OCM, hari ini.
Di dalam mesyuarat itu difahamkan tujuh persatuan telah diterima penyertaan sementara lima lagi digugurkan daripada menjadi ahli gabungan MAKAF.
"Selepas dua tahun tertangguh AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) tertangguh dan menang kes di mahkamah, lima persatuan digugurkan dan walaupun mereka telah memohon maaf tapi 'kemusnahan' sudah berlaku.
"Bagaimanapun, kami tetap membenarkan penyertaan atlet dan pengadil daripada persatuan ini, cuma persatuan sahaja kami keluarkan buat sementara waktu," kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, di Nadi Weekend sebentar tadi.
Selain itu, selaku chef-de-mission (CDM) Sukan SEA Vietnam, Nur Azmi juga meluahkan kekecewaan terhadap tindakan drastik Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai keputusan memotong elaun atlet.
Bagaimanapun, Nur Azmi berharap MSN dapat mengadakan perbincangan semula bagi membantu atlet-atlet negara yang kurang berkemampuan.
"Saya berasa amat kecewa kerana program ini bukan dibuat oleh persatuan, (sebaliknya) oleh MSN serta Kementerian Belia dan Sukan.
"Oleh kerana tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan, mereka telah buat satu keputusan drastik.
"(Selepas itu) satu-satu atlet bertindak mengumumkan persaraan.
"Sepatutnya kerajaan fikir kedudukan atlet. Tidak semuanya atlet mempunyai wang yang banyak dan mempunyai kerjaya.
"Kebanyakan mereka fokus kepada sukan tersebut."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video