E-SUKAN
eFootball: Mohamad Norhaikal intai pahat nama sebagai juara dunia
Pemain sukan elektronik (e-sukan) Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamad Norhaikal Mohamad Noh, menjanjikan hasrat untuk melakar sejarah dalam penampilan keduanya Kejohanan Dunia eFootball di Romania yang bermula 21 Ogos sehingga 4 September ini.
Atlet berusia 24 tahun itu mencipta sensasi tersendiri pada awal musim ini selepas berada di ranking pertama dunia di peringkat kelayakan ke Romania ini, lantas Haikal mempunyai impian untuk berada di kemuncak dunia dan memartabatkan judul permainan ini.
"Saya berharap titik tolak -- dalam penyertaan kedua -- bahawa di Malaysia pun boleh jadi juara dunia.
Iklan
"Indonesia pernah melakukan musim lalu dengan mengalahkan negara kuat seperti Brazil dan Sepanyol.
"Acara hari ini satu petanda yang baik untuk komuniti eFootball di Malaysia," katanya di ibu negara hari ini.
Dalam pada itu, atas tujuan untuk mempromosikan judul permainan bola sepak ini, pengeluar utama kepada permainan, Konami, memanggil bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, sebagai salah satu tarikan utama dalam majlis perkenalan permainan itu bagi musim 2024.
Must-Watch Video