Dua penembak negara, Eddy Chew dan Alia Sazana Azahari, muncul penyelamat buat atlet Program Kita Juara selepas mengungguli acara masing-masing dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan 2017 hari ini.
Eddy juga berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 10 meter air pistol lelaki, sekaligus memberi perkhabaran gembira buat Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM).
Dia yang mewakili Johor menjadi penyelamat dengan bidikan emas hasil 242.2 mata, mengetepikan Johnathan Wong dan Choo Wen Yan yang berpuas hati dengan perak dan gangsa.
"Banyak ilmu yang saya dapat pelajari sejak pulang dari Korea dan memang sasaran saya untuk menampilkan aksi terbaik pada kali ini serta bersedia untuk menghadapi Sukan SEA, bulan depan."
Terdahulu, Alia yang mewakili Terengganu menepati ramalan untuk meraih emas dalam acara 25 meter pistol wanita apabila meraih 29 mata dan memastikannya berjaya mengatasi Aida Amirah dan Siti Nur Masitah.
"Saya menganggap medan ini sama seperti Sukan SEA dan saya sentiasa melakukan persiapan untuknya," kata Alia.